Cari Blog Ini

Memuatkan ...

KONGSI SEJARAH  

Posted

SEJARAH SEGAMAT

Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda".
Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai "Daerah Sumpahan Malim Deman".


Dari perspektif Sejarahnya pula, kira-kira 500 tahun yang lalu , peristiwa Bendahara Tepuk iaitu Bendahara Melaka yang terakhir berserta rombongannya telah melarikan diri ke Segamat apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Tempat yang mula-mula didatangi oleh Bendahara Tepuk dan orang-orangnya ialah di satu kawasan berhampiran sungai Segamat. Kawasan tersebut berbukit-bukau dan terdapat sebatang anak sungai yang penuh dengan lubuk dan tebingnya pula batu-batu kecil putih berserakan. Justeru Bendahara Tepuk pun menamakan penempatan ini sebagai    "Kampung Lubuk Batu".
Dan di pengkalan Lubuk Batu, kononnya terdapat 2 peristiwa penting telah berlaku. Pada hari Bendahara sampai ke Lubuk Batu itu cuaca sangat panas. Justeru, Bendahara Tepuk yang telah uzar dan tidak bergigi serta kakinya yang lumpuh terpaksa diusung ke pengkalan untuk mandi. Airnya yang jernih lagi sejuk betul-betul menyegarkan tubuh Bendahara lalu beliau pun berkata "Segar amat badanku ini". Kononnya perkataan "Segar Amat yang dilafazkan oleh Bendahara Tepuk itu lahirlah nama "Segamat".


Segamat juga disebut sebagai "Rantau Panjang" dalam abad ke-18. Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu. Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu.
Orang-orang Segamat suka berkunjung ke sebuah kawasan bernama Pasir Jenaling untuk berkelah. Ia merupakan sebuah kawasan yang airnya jernih and pasirnya putih berhampiran dengan pengkalan Esah (sekarang terletak di belakang Pawagam Cathay). Orang-orang luar yang datang ke Segamat melalui sungai akan berhenti di pengkalan Esah di mana terdapat pokok-pokok Jambu and leban ditebing sungai. Keadaannya yang condong telah menamakan Segamat sabagai"Jambu Condong" dan "Leban Condong"
- HAK MILIK GABUNGAN KE PUNCAK PENDITA-

______________________________________________________________________________________________

PAGOH(Sultan berjiwa rakyat bersemadi di Pagoh)
MUAR: Barangkali tidak ramai menyangka bahawa makam Sultan Melaka ketujuh, Sultan Alauddin Riayat Shah I Ibni Sultan Muzaffar Shah, enam kilometer dari pekan Pagoh, dekat sini, dikatakan antara makam diraja yang tertua di negara ini.

Andaian itu terkandung dalam hasil kajian sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Johor, atas titah Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 1930-an. Baginda menitahkan supaya dimulakan kajian berkaitan makam itu untuk membongkar kesahihannya.

Kewujudan makam itu telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengkaji sejarah tempatan. Antaranya berkait dengan punca kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah I pada usia 40-an, dan mengapa baginda yang memerintah Melaka selama 11 tahun sejak 1477 itu  berhijrah ke Pagoh.

Terdapat pelbagai andaian mengenai sejarah hidup baginda dan sehingga hari ini tiada bukti yang dapat mengesahkan kebenaran cerita berkenaan.

Naib Pengerusi JKKK Kampung Raja, Hamzah Ali, 68, berkata baginda adalah seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyatnya.

"Baginda digambarkan sebagai seorang raja yang bertanggungjawab kerana pernah menyamar sebagai rakyat biasa bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.

"Namun begitu, sifat prihatin yang ditunjukkan oleh baginda itu tidak disenangi oleh beberapa pembesar Melaka pada ketika itu," katanya ketika ditemui di makam itu baru-baru ini.

Hamzah menjelaskan bahawa diceritakan baginda telah diracun dan terus membawa diri ke Pagoh bersama saudara perempuannya, Marhum Berdarah Putih bagi mendapatkan rawatan daripada orang asli sebelum mangkat dan disemadikan di situ.

Selain itu, beberapa artifak seperti pinggan mangkuk dan tembikar era Dinasti Ming (1368-1644) ditemui berhampiran makam itu  kini menjadi kawasan Masjid kampung Raja. Penemuan itu menguatkan lagi andaian bahawa baginda pernah menetap di Pagoh.

                                                     


______________________________________________________________________________________________


LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG


        Peristiwa menyayat hati ini berlaku pada pertengahan 1776, apabila anak penghulu Parit Bakar, Bacok berebutkan Dayang yang telah bertunang dengan pemuda sekampungnya, Awang.

        Hampir genap tiga tahun lima bulan belayar Awang menuntut ilmu, perahu Awang tiba di Pangkalan Kuala Parit Raja Muar diwaktu pagi. Dia membawa pulang dua batang lembing kurniaan Raja Bugis, uncang yang mengandungi wang 377 duit sebagai hantaran perkahwinannya dengan Dayang sambil menjinjing bungkusan kain mastuli (kain sutera yang kasar dan kuat).

        Setelah tiba Awang naik ke pangkalan, beberapa pemuda berlari-lari ke arahnya terkejut melihat Awang. Lantas mereka menyampaikan berita pernikahan Dayang dengan Bacok dan upacara persandingan yang akan diadakan selepas Asar.
       "Jadi semua ini angkara Bacok!!!!!!!" kata Awang dengan geram. Pemuda-pemuda itu yang merupakan rakan-rakan Awang mengangguk-angguk. Setiba di rumah, Awang termenung panjang. Di kala itu juga darahnya tambah menggelegak apabila terbayangkan kebaculan Bacok memfitnah kononnya dia mati dalam pelayaran.
"Sedangkan lautan luas dapat kuharungi, inikan pula bumi medan tempat berpencak. Tiap-tiap yang menebus mesti sanggup membayar....." kata Awang penuh geram.

         Awang kemudianya pulang kerumah keluarganya.Semasa di rumahnya pula.
"Kenapa satu lembing saja dilumuri air limau?" tanya ibu Awang.
"Tandanya lembing ini menangis mak. Ini yang betina. Ia malu kerana tak dapat disatukan dengan lembing jantan tu. Sebab itulah Awang terpaksa jauhkan antara satu sama lain. Sebab bukan jodohnya. Kalau tak diceraikan kita seisi rumah akan menangis mak," beritahu Awang. Melopong mulut ibu Awang mendengarnya.
    Selepas Asar, Awang menyelinap dicelah-celah orang ramai yang sudah memenuhi halaman rumah Dayang. Di pinggangnya tersisip badik berulang mambang, sementara tangan kanannya mengenggam sebilah lembing, Awang terus menunggu kedatangan Bachok.. Riuh-rendah bunyi kompang bermula tanda pengantin lelaki akan tiba. Bacok yang segak duduk di atas tandu.

    Setelah usungan tiba di depan tangga rumah pengantin, Awang terus keluar merodok mata lembing ke perut Bacok hingga mati. Suasana riang terus bertukar dgn suara jerit pekik orang ramai yang ketakutan. Darah menyembur dari perut Bacok dan pemikul usungan semua lari lintang pukang.

    Beberapa tetamu bersusah payah mencabut lembing yang terlekat di perut Bacok. Sebaik sahaja tercabut, ada kuasa ghaib menyebabkan senjata itu melayang sendiri dan merodok salah seorang pengapit pengantin lelaki. Mangsa dengan kesakitan mencabut lembing daripada tubuhnya tetapi senjata itu seperti mengikut arahan Awang melayang pula mencari tetamu yang lain sehingga lembing menemui mangsa ke-99 iaitu ayah Dayang.

    Dayang menangis terkejut melihat ayahnya, Dayang mencabut lembing yang terlekat di perut ayah dengan tangannya sendiri, pergerakan lembing tersebut terus "mati" selepas dipegang Dayang. Selepas Awang melihat dayang dan ayahnya,Awang terus meninggalkan Muar berlayar ke Endau.Tetapi Dayang masih menyimpan lembing berkenaan dan tidak bersuami sehingga ke akhir hayat.
                                                            filem yang dilakonkan semula

__________________________________________________________________________________


Tun Sri Lanang

Nama Tun Sri Lanang ialah Tun Muhamad. Beliau dilahirkan di Seluyut pada tahun 1565. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Sultan Alauddin Riayat Shah III, dan Sultan Abdullah Ma'ayat Shah.

Beliau terlibat dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Beliau menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. 

Beliau menjadi utusan Johor ke Goa untuk berunding dengan Portugis pada tahun 1583. 

Beliau telah menyusun kitab Sejarah Melayu pada tahun 1612. 

Beliau juga telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.
_____________________________________________________________________________________________ 
KESANG DAERAH BERSEJARAH
Kesang melakar sejarah apabila menjadi mukim pertama di daerah Ledang yang melaksanakan persejarahan dengan membina batu bagi memahat sejarah Kesang di Kompleks Penghulu Kesang, di sini.

Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman berkata, langkah berkenaan sebagai usaha untuk memperkasakan sejarah Kesang untuk diwarisi kepada generasi muda yang sememangnya tidak mengetahui asal usul sejarah Kesang.

Menurutnya, beliau menyokong penuh usaha penduduk mukim Kesang yang bekerjasama dengan Yayasan Warisan Johor untuk memperkenalkan semula tokoh Kesang.

“Tokoh ini boleh dibukukan semua pihak dan digunakan sebagai rujukan kepada generasi akan datang.

“Di negara ini, peninggalan sejarah agak ketinggalan sedikit dan mujur ada pengkaji seperti Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor iaitu Khamdi Kamil yang sanggup menelaah dan mengkaji sehingga ke luar negeri. Ini bermakna, usaha hendak mencari sejarah Melayu terpaksa pergi ke London, Belanda dan mungkin satu masa nanti terpaksa ke China kerana mereka mempunyai maklumat negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Program Memahat Sejarah Kesang, di sini.

Amran berkata, Melaka telah dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa dan kehebatan Melaka diketahui serata dunia, bahkan ada yang cemburu sehingga akhirnya Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511.

“Sejarah negara sangat penting dan walaupun kita berada dalam pelbagai profesion tetapi sejarah penting dan perlu didokumenkan kerana sejarah itu cuba diperjuangkan kepentingan mata pelajaran sejarah. 

“Generasi muda hari ini kurang berminat dengan mata pelajaran sejarah menyebabkan mereka mula melupakan sejarah dan tidak berjaya memahami sejarah negara dengan baik,” katanya.

Menurutnya, ini menyebabkan kematangan politik agak bercelaru kerana mereka tidak dapat memahami kepentingan sejarah negara.

“Generasi pasca merdeka tidak melalui sejarah duka negara dijajah yang sangat menginsafkan dan mereka menunjukkan sikap sangat berlainan dengan generasi veteran,” katanya.


__________________________________________________________________________________-

                                                  SILAT BERDAFTAR 
ASSALAMUALAIKUM POST KALI INI SAYA INGIN MENULIS JENIS2 SILAT YANG BERDAFTAR DI MALAYSIA , BERIKUT ADALAH SILAT YANG BERDAFTAR DI MALAYSIA:

Silat AL HAQ
Silat Abjad
Silat Agam
Silat Alam Cahaya
Silat Alif Ba Ta
Silat Al-Ma'unah
Silat Amal
Silat Api
Silat Awang Sulong Merah Muda
B
Silat Bakti Negara
Silat Bangau Putih
Silat Bangkoi
Silat Bangsal
Silat Bantan
Silat Banteng Betawi
Silat Bayan Silat
Silat Betawi
Silat Bayan Silat
Silat Bayu Merah Harimau Berantai
Silat Baringin Sakti
Silat Belebat Lian
Silat Bengkong Putih
Silat Bengkulu 40 Hari
Silat Berembang http://alampanglima.blogspot.com/
Silat Betung Cemati Siguntang
Silat Buah Dalam Tari
Silat Buah Jatuh
Silat Buah Johor
Silat Buah Pukul Mersing
Silat Buah Pukulan Yunan
Silat Buah Penian
Silat Buah Pukul
Silat Buah Pulut
Silat Budi Bahasa
Silat Bugis
Silat Bunga
Silat Bunga Kedah
Silat Bunga Malaysia
Silat Bunga Minangkabau
Silat Bunga Wali
Silat Bongsu
C
Silat Cakarla
Silat Cakra Alam
Silat Cekak
Silat Cekak Terlak Pahang
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Silat Cekak Sabil
Silat Cekak Harimau
Silat Cekak Malaysia
Silat Cekak Helang
Silat Cekak Lincah Sutan Maakat
Silat Cekak Musang
Silat Cekak Pendekar Ahmad
Silat Cekak Rimau
Seni Silat Cekap Pahang
Silat Cemendas
Silat Cemendek
Silat Cimande
Silat Cimandi Pecah Tujuh
Silat Cimande Mega Malam
Silat Mega Cimande
Silat Sunda Cimande
Silat Cimande Seleng
Silat Cimande Lincah
Silat Cimande Sendeng
Silat Cimande Gayong
Silat Cimande Putih
Silat Cimande Hitam
Silat Cimande Serumpun
Silat Chengkam Harimau Ghaib
Silat Cepat/Pantas Tangan
Silat Che Mandi Hitam
Silat Cikalung
Silat Cindai
Silat Cindai Alam
Silat Cindai Putih
Silat Cindai Kuning
Silat Cula
Silat Cula Sakti
Silat Cula Simanjakini
D - F
Silat Dang Wangi
Silat Daun
Silat Diam
Silat Depo Woojo
Silat Elat
Silat Empat
Silat Ezhar
Silat Firasah
Silat Fitrah
Ga
Silat Gayang Lima
Silat Gayung
Seni Gayung Fatani
Silat Gayong Malaysia
Silat Gayung, Kuntau Jawa dan Tomoi
Silat Gayung Asli
Silat Gayung Lima
Silat Gayung Tujuh
Silat Gayung Cekak Sendeng
Silat Gayung Gerak Serentak
Silat Gayung Ghaib
Silat Gayong Ghaib Ghadiwat Panca Purba Gerakan Sembilan
Silat Gayong Ghaib Nusantara
Silat Gayung Harimau
Silat Gayong Harimau Hitam
Silat Gayong Helang Merah
Silat Gayong Jati
Silat Gayung Karomah
Silat Gayong Kedah
Silat Gayung Khalifah
Silat Gayung Laksamana
Silat Gayong Lian
Silat Gayong Maarifat
Silat Gayung Lincah
Silat Gayungman Asli
Silat Gayungman Kedah
Silat Gayung Pancaindera
Silat Gayung Panca Indera Sembilan
Silat Gayung Pancasila
Silat Gayung Panglima Ahmad
Silat Gayong Pusaka
Silat Gayung Penggerak[1]
Silat Gayung Semarang
Silat Gayung Sembilan
Silat Gayong Seni Bunga
Silat Gayong Siam
Silat Gayong Singa Berantai Malaysia
Silat Gayung Tok Janggut
Silat Pusaka Gayong
Silat Gayongman Gerak Satu
Silat Gayong Sri Fatani
Silat Gayong Sri Gemuruh
Silat Gayong Tunggal
Silat Gayung Zahir Sembilan
Silat Seni Gayong Malaysia
Pancasila Seni Silat Gayong Pongok
Silat Pancasila Gayong Harimau
Silat Penyatauan Gerak Seni Gayong Sentuhan
Silat Pusaka Gayong Panglima
Silat Gayung Umar Umaiyah
Seni Silat Gagah GerakPanca Laman Rasmi
Silat Garuda
Silat Garuda Kedah
Silat Garudasakti http://gagasangarudasakti.ning.com/
Silat Gabungan Lima
Silat Gabungan Panji
Ge
Silat Gelut
Silat Gelombang
Silat Gegaran Petani
Silat Gerak
Silat Gerak Angin
Silat Gerak Badan Bangau Putih
Silat Gerak Cepat
Silat Gerak Tepat
Silat Gerak Kilat
Silat Gerak Kuntau
Silat Gerak Ilham
Silat Gerak Lintar Sari
Silat Gerak Suci
Silat Gerakan Satu
Silat Gerak Ibu Gayong
Silat Gerak Lincah
Silat Gerak Ilham Kuntau Kedah
Silat Gerak Jati
Silat Gerak Jurus Makrifat
Silat Gerak Kerohanian Gayong Dalam
Silat Gerak Langkah Tujuh
Silat Gerak Panca
Silat Gerak Panji Alam Setapak Tujuh Puluh Satu
Silat Gerak Pendekar
Silat Gerak Persilatan Sejagat
Silat Gerak Pusaka (Gersaka), Melaka http://www.facebook.com/profile.php?id=100000329071209
Silat Gerak Sejati Pancar Murni Malaysia
Silat Gerak Sejati
Gerak Seni Silat Kuntau Melayu Kedah
Silat Gerak Silat Tapak Suci Kelantan
Silat Gerak Sunan
Silat Gerak Tapak Suci
Silat Gerak Tempur
Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu
Silat Gerakan Suci
Silat Gerbang Sakti
Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi
Silat Seni Golok
H
Silat Hak
Silat Hang Tuah
Silat Haqq Melayu
Silat Harimau
Silat Harimau Berantai
Silat Harimau Al Haq
Silat Harimau Betina
Silat Harimau Putih http://www.alamghaib.com/Perguruan.html
Silat Harimau Seri Rama
Silat Hadrah Maut
Silat Halimun Allah
Silat Kegayungan Acheh Helang Putih
Silat Helang
Silat Helang Harimau
Silat Helang Langkawi
Silat Helang Merah
Silat Helang Putih Perkasa
Silat Helang Terbang
Silat Hidayah Melayu Sarawak
Silat Hulubalang Melaka
I-J
Aliran Tempur Ikhtiar
Silat Ikatan Kalam Utama http://www.pikum.org.my/
Silat Ikatan Laksamana
Silat Inai Teroi
Silat Isim
Silat Jabat Tujuh
Silat Jalak Lenteng
Silat Jati
Silat Jatuh
Silat Jatuh Mata
Silat Jatuh Ketereh
Silat Jawa
Silat Jawi
Silat Jebat Harimau Jatian Lima
K
Silat Kuntau Selendang Merah
Silat Kala Putih
Silat Kalimah
Silat Kalimah Panglima Tangkas
Silat Kalimah Yahya Said
Silat Kalimah Malaysia
Silat Kalimah Amin
Silat Kalimah Gempur Jagat
Silat Pusaka Kalimah Amin
Silat Kalimah Batin
Silat Kampung Rawa
Silat Kaedah
Silat Kaki Tunggal
Silat Kalimat Tujuh
Silat Kayu
Silat Kelantan
Silat Kemain
Silat Kemuning
Silat Kenjawen
Silat Kera Putih
Silat Kampung Tebiuh
Silat Kuntau
Silat Kuntau Selendang Merah
Silat Kuntau Betawi
Silat Kuntau dan Elat
Silat Kuntau Jawa
Silat Kuntau Sendeng
Silat Kuntau Tekpi
Silat Kuntau Langkah 21 Gerak
Silat Kuntau Tujuh
Silat Kuntau Banjar
Silat Kuntau Iban
Silat Kuntau Melayu
Silat Kuntao Tanjak Hitam
Silat Kilat
Silat Keramat
Silat Khatam Maut
Silat Kalimun
Silat Kubu
Silat Kunci Melayu Melaka
Silat Kuningan
Silat Kesateria
Silat Kutar
L
Silat Laksamana Hang Jebat
Silat Lam Melayang
Silat Lang Merah
Silat Lang Sewah
Silat Langkah
Silat Langkah Batu Bara
Silat Langkah Hang Tuah
Silat Langkah Tiga
Silat Langkah Sumbang
Silat Lela Pahlawan
Silat Lian
Silat Lian Yunan
Lian Padukan
Silat Gayang Lian
Gerak Silat Lian
Silat Lian Ilham
Silat Lian Kwantung
Silat Lian Buah Pukul
Silat Lincah
Silat Lincah Malaysia
Silat Lincah Harimau
Silat Lincah Sutan Maakat
Silat Lincah Terlak
Silat Lincah Lintar
Silat Lintan
Silat Lintah
Silat Lintang
Silat Lintau
Silat Lokma
M - O
Silat Medan
Silat Megat Laksamana
Silat Majapahit
Silat Mat Kilau
Silat Melayu
Silat Melayu Asli Kedah
Silat Melayu Asli Sarawak[2]
Silat Melayu Jati
Silat Melayu Keris Lok 9
Silat Melayu Pahang Tok Khatib Mohd Noh
Silat Merpati Putih
Silat Pauh Minangkabau
Silat Lintar Minangkabau
Silat Warisan Melayu Minangkabau
Silat Pincong Minangkabau
Silat Monyet
Silat Moo
Silat Mudera
Silat Naga
Silat Naga Buana Cekak Berapi
Silat Nasrul Haq
Silat Natar[3]
Pancaindra Seni Silat Lintau
P
Silat Pahlawan
Silat Paksi Rimau Berantai
Silat Panca Delima
Silat Pancaindera
Silat Pancang 12
Silat Panglima
Silat Panglima Terbilang
Silat Panji Putera Ledang
Silat Patangi Karit
Silat Pasak
Silat Pasak Padang
Silat Pedang
Silat Pelaga Pulau Pinang
Silat Pelangi
Silat Pegema
Silat Pegian
Pencak Riak Harimau
Pencak Silat Porsigal
Pencak Silat Pukulan Paris Dendam
Pencak Silat Sendeng Merepat
Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring 12 [4]
Pencak Sobok Nuntoro
Silat Pendekar
Silat Pendekar Muda
Silat Pendekar Warisan
Silat Pendekar Ulung
Silat Pendekar Bertuah
Silat Panding Juan Stan Maakat
Silat Pengantin
Silat Penghulu Hassan
Silat Penjurit Kepetangan Melayu
Silat Peninjau
Silat Perguruan Cakar Harimau
Silat Peradin Cemendir
Silat Periaman
Silat Perisai sakti
Silat Perkasa Gagak Di Rimba
Silat Perkalongan Cindai Putih
Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi
Persilatan Rancak
Perguruan Seni Silat Seri Pelanduk
Silat Perguruan Aceh
Silat Perwira Kedah
Silat Pesaka Bahaman
Silat Pesaka Desa
Silat Peturun
Silat Petir
Silat Pisau
Silat Pulut
Silat Pukul Pelaga
Silat Pukulan
Silat Pukulan Melaka
Silat Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan
Silat Pulut
Silat Pungguk Laut
Silat Purba
Silat Purba Wira
Silat Porpila
Silat Parit Sempadan
Silat Pusaka Hang Tuah
Pertubuhan Seni Silat Gagah GerakPanca Laman Rasmi
Q - R
Silat Rampuk
Silat Rancak
Silat Randai
Silat Rajawali Putih
Silat Burung Rajawali Putih
Silat Rajawali Tunggal
Silat Sunda Rajawali
Silat Rencong Kayak
Silat Rencong Rentak Sembilan
Silat Recong Kapan
Silat Rian
S
Silat Sabil Indera sakti
Silat Saka
Silat Sakabumi
Silat Sangkar Rewana
Silat Sapik Kalo
Silat Sala
Silat Sapu Angin
Silat Sayung
Silat Sekebun
Silat Sekubi
Silat Selangkah
Silat Selangkah Gerak
Silat Selindang Hitam
Silat Selendang Merah
Silat Selewah Jati
Silat Seligi
Silat Seligi Rajawali
Silat Seligi Acheh
Silat Seligi Kuningan
Silat Seligi Putera
Silat Seligi Sebalik
Silat Semandai Dam Dam Sabah
Silat Semangat Panglima Hitam
Silat Sempedi
Silat Semerap
Silat Semulajadi
Silat Sendeng
Silat Sendeng Malaysia
Silat Sendeng Kuno
Silat Sendeng Asli
Silat Sendeng Purba
Silat Sendeng Tunggal
Silat Sendeng Dua Beradik
Silat Sendeng Kuntau Jawa
Silat Sendeng Merepat
Silat Kilat Sendeng
Silat Kuntau Sendeng
Silat Kerayong Sendeng
Silat Kota Sendeng
Silat Sendeng Tujuh
Silat Sendeng Betawi
Silat Sendeng Minangkabau
Silat Sendeng Pesaka
Silat Tempur Sendeng Banjar
Silat Sendeng Papan Sekeping
Silat Sendeng Cekak
Silat Seni Pati Serendeng Putong
Sepeguruan Pencak Silat Mandung Sepanji
Silat Serendah
Silat Segap
Silat Seperap
Silat Spelet
Silat Sepelet Tapak Tiga
Silat Sepelet Gayung
Silat Sepelet Gunung Jati
Silat Sepelet Tomoi
Silat Sri Gayung Panglima Ulung
Silat Sepulut
Silat Serimau Hitam
Silat Seri Pelandok
Silat Sunting
Silat Sundang Siliwangi
Silat Serak
Silat Seri Menanti
Silat Setia Hati
Silat Setiabakti
Silat Sheikh Baginda Ali
Silat Si Fakir
Silat Siamang Laut
Silat Sinar Ilham
Silat Singa Kandangan
Silat Sikorek Monyet
Silat Siku 12
Silat Sembah Pahang
Silat Sendi Cemara Bugis
Seperguruan Silat Sepanji
Silat Sukomorogo
Silat Sumbang
Silat Sunda Asli
T
Silat Setia Pahlawan Ajian Al Jabar
Silat Tadah Kuntau
Silat Tanah Baru
Silat Tangkas Tamin Sabil
Silat Tapak Suci Warisan Wali Sembilan
Silat Tari
Silat Tari Jawi/Pulut Kelantan
Silat Tari Kalimah Terengganu
Silat Tari Kelantan
Silat Tari Laksamana
Silat Tari Tumbuk
Silat Tarian Muat
Silat Terlak
Silat Terlak Empat
Silat Terlak Selangor
Silat Terlak Natar
Silat Terlak Asli
Silat Terlak Lintau
Silat Tembung Rimau
Silat Tentera Fisabilillah Lang Hitam Perlis
Silat Tiga Kalimah Kalimantan
Silat Tingkah Maut
Silat Titi Batang
Silat Titi Pinang
Silat Tonggak Siliwangi Biru
Silat Tongkat
Silat Tongkat Gayuman Gerakan Satu
Silat Tongkat Nombor Lapan
Silat Tongkat Warisan Seroda
Silat Tok Perpat Panglima Hitam
Silat Tokku
Silat Tua
Silat Tukat Jawa
Silat Spring 12
U - Z
Silat Wali
Silat Warausah
Silat Warisan Belebat To' Perpat
Silat Warisan Gerak Ilham
Silat Warisan Hulubalang Melaka
Silat Warisan Perlis
Silat Wira Melayu
Silat Yunan
Seni Silat Warisan Melayu Jeram Kuala Selangor
Silat Warisan Kelantan

Belum di susun
Silat Abjad
Silat Al-Haq
Silat Alam Cahaya
Silat Alang Samudera
Silat Awang Sulong Merah Muda
Silat Bakawali
Silat Bambu Runcing Rajawali
Silat Bangau Putih
Silat Bantan
Silat Bantan Melaka
Silat Banteng Betawi
Silat Bengkong Putih
Silat Bengkong Hijau
Silat Berembang
Silat Betung Cemati Siguntang
Silat Buah 21
Silat Buah Dalam Tari
Silat Buah Pukulan Yunan
Silat Buah Pukul Mersing
Silat Buah Jatuh
Silat Buah Johor
Silat Bunga Negeri Kedah
Silat Bunga Malaysia
Silat Bunga Raya
Silat Bunga Wali
Silat Cekak Hanafi
Silat Cekak Malaysia
Silat Cekak Harimau
Silat Cekak Pendekar Ahmad
Silat Cekak Lincah Sutan Maakat
Silat Cekak dan Gayong Pahang
Silat Cekak, Terlak, Lintar, dan Spado
Silat Cekam Rimau
Silat Cekap
Silat Cemara Bugis
Silat Cempani Cekalong
Silat Cengkam Harimau Ghaib
Silat Cepat Tangan
Silat Cikalong
Silat Cimandi
Silat Cimande Pecah Tujuh
Silat Cimande Mega Malam
Silat Cimande Lincah
Silat Cindai Alam
Silat Cindai Putih
Silat Cindai Kuning
Silat Cula Sakti
Silat Cula Simanjakini
Silat Daun
Silat Dangwangi
Silat Diam
Silat Gabungan 5
Silat Gayung Tunggal
Silat Gabungan Panji
Silat Gayung Harimau Hitam
Silat Garis Laksamana
Silat Gayung Jati
Silat Garuda Sakti
Silat Gayung Siam
Silat Gayang Lian
Silat Gayung Sri Fatani
Silat Gayong Malaysia
Silat Gayung Zahir 9
Silat Gayong Singa Berantai
Silat Gegaran Petani
Silat Gayong Ghaib Nusantara
Silat Gerak Insan Seni Malaysia
Silat Gayong 7
Silat Gerak Kilas
Silat Gayong Panglima Ahmad
Silat Gerak Gayong Jati
Silat Gayong Karomah
Silat Gerak Sunan
Silat Gayong Pancaindera 9
Silat Gerak Kilat
Silat Gayong 5
Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu
Silat Gayong Sri Gemuruh
Silat Gerak Jati
Silat Gayong Gerak Serentak
Silat Gerak Kerohanian Gayong Dalam
Silat Gayong Helang Merah
Silat Gerak Ibu Gayong
Silat Gayong Seni Bunga
Silat Gerak Pendekar
Silat Gayong Garuda
Silat Gerak Ilham
Silat Gayong 3 Kalimah
Silat Gerak Sejati Pancar Murni
Silat Gayong (9) Hak Sejati Pahang
Silat Gerak Langkah 7
Silat Gayung Ghaib 9
Silat Gerak Persilatan Sejagat
Silat Gayung, Kuntau Jawa dan Tomoi
Silat Gerak Kuntau
Silat Gayung Khalifah
Silat Gerak Silat Tapak Suci Kelantan
Silat Gayung Fatani (silat yg aku masuk)
Silat Gerak Panca
Silat Gayung Pancasila
Silat Gerak Panji Alam Setapak 71
Silat Gayung Laksamana
Silat Gerak Lincah
Silat Gayung Kedah
Silat Gerak Tempur
Silat Gayung Ghaib Ghadiwat Panca Purba Gerakan 9
Silat Gerak Jurus Makrifat
Silat Gayung Maarifat
Silat Gerak Ilham Kuntau Kaedah
Silat Gayang Lima
Silat Gerak Seni Silat Kuntau Melayu Kedah
Silat Gerak Silat Lian
Silat Gerakan Suci Mangkubumi
Silat Gerak Tangkas Suci
Silat Gayong Warisan Serantau
Silat Habib Hamid
Silat Halilintar Gerak Laksamana Jebat
Silat Hak
Silat Haqq Melayu
Silat Harimau Hitam
Silat Harimau Sri Rama
Silat Harimau Berantai
Silat Harimau Banten
Silat Harimau
Silat Harimau Jatian 5
Silat Harimau Berantai Kedah
Silat Harimau Sang Saka
Silat Helang Terbang
Silat Helang Putih Perkasa
Silat Helang Merah
Silat Helang Langkawi
Silat Helang Harimau
Silat Hulubalang Melaka
Silat Ikatan Kalam Utama
Silat Ikatan Laksamana
Silat Jabat 7
Silat Jalak Lenteng
Silat Jatuh
Silat Jatuh Ketereh
Silat Jatuh Mata
Silat Jawa
Silat Jawi
Silat Jawa Sunda
Silat Jawa Betawi
Silat Jemaah
Silat Kala Putih
Silat Kalimah Malaysia
Silat Kalimah Yahya Said
Silat Kalimah Serumpun Jati
Silat Kalimah Gempur Jagat
Silat Kampung Rawa
Silat Kenjawen
Silat Kerayong Sendeng
Silat Kera Putih
Silat Kegayungan Acheh Helang Putih
Silat Keris Lok Sembilan
Silat Khatam Maut
Silat Klimunan
Silat Kota Sendeng
Silat Kunci Melayu
Silat Kuningan
Silat Kuntau
Silat Kuntau Jawa
Silat Kuntau Tekpi
Silat Kuntau Melayu
Silat Kuntau Patani
Silat Kuntau Banjar
Silat Kuntau 7
Silat Kuntau Iban
Silat Kuntau Betawi
Silat Kuntau Harimau
Silat Kuntau Ilat
Silat Kenjawan
Silat Langkah 3
Silat Langkah 7
Silat Langkah Pusaka Purba
Silat Langkah Silat Sri Wali Maya
Silat Laksamana Kedah
Silat Langkah Hang Jebat
Silat Lela Pahlawan
Silat Lima Bersaudara
Silat Lian
Silat Lian Buah Pukul
Silat Lian Padukan
Silat Lincah
Silat Lincah Harimau
Silat Lincah Sutan Maakad
Silat Lincah Terlak
Silat Lintar Tanah Datar
Silat Lintar Minangkabau
Silat Lintau Tua
Silat Lintar Warisan
Silat Megat Laksamana
Silat Mega Chemande
Silat Melayu Asli Kedah
Silat Melayu Asli
Silat Melayu Jati
Silat Melayu Pahang
Silat Melayu Pahang (Tok Gajah)
Silat Menanti
Silat Merpati Putih
Silat Minangkabau
Silat Naga Buana Cekak Berapi
Silat Nasrul Haq
Silat Pagar Ruyung
Silat Penjurit Melayu Kepetangan
Silat Pahang Tua (Pencak Desa)
Silat Perkalongan Cimindai Putih
Silat Pahlawan
Silat Perisai Sakti
Silat Paksi Rimau Berantai
Silat Perisai Minda Sejati
Silat Palitau
Silat Pesaka Desa
Silat Pancaindera
Silat Pesaka Terlak
Silat Pancang 12
Silat Pesaka Bahaman
Silat Panca Delima
Silat Pesaka Melaka
Silat Panca Sila Seni Silat Gayong Pongok
Silat Porsigal
Silat Pancasila Gayong Harimau
Silat Pukulan Paris Dendam
Silat Pancaindera Seni Silat Lintau
Silat Pukulan Melaka
Silat Pandinjuan
Silat Pukul Pelaga
Silat Panglima Terbilang
Silat Pukulan Sendeng
Silat Panji Putera Ledang
Silat Pulut
Silat Pasak Bambu Runcing
Silat Pungguk Laut
Silat Panglima Hitam
Silat Purba
Silat Pedang
Silat Pusaka Hang Tuah
Silat Pelaga Pulau Pinang
Silat Pusaka Gayung Panglima
Silat Pelanduk Putih
Silat Perguruan Senaman Gerak Sentuhan
Silat Pusaka Kalimah Amin
Silat Pencak Riak Harimau
Silat Pendekar Muda
Silat Pendekar Warisan Mahaguru Melayu Sejati
Silat Pendekar Ulong
Silat Pendekar Bertuah
Silat Peninjau Sutan Maakat
Silat Permainan 12
Silat Penyatuan Gerak Seni Gayong Sentuhan Badar
Silat Rajawali
Silat Rajawali Tunggal
Silat Rajawali Putih
Silat Randai Minang
Silat Ranting
Silat Rencong Rentak Sembilan
Silat Riak Harimau Cengkam Maut
Silat Rumpun Serantau
Silat Sakabumi
Silat Seperguruan Silat Sepanji
Silat Sabil Seri Indera Sakti
Silat Serimau Putih
Silat Sambar Helang
Silat Serimau Hitam
Silat Sarang Dayung
Silat Seri Cahaya Chemande
Silat Sekebun
Silat Seri Pelandok
Silat Sekubi
Silat Setiabakti
Silat Selangkah Gerak
Silat Setia Hati
Silat Selendang Merah
Silat Sikorek Monyet
Silat Seligi Putra
Silat Siku
Silat Semangat Panglima Hitam
Silat Siku 12
Silat Semandai Dam-Dam
Silat Siamang Laut
Silat Sembah Pahang
Silat Si Pincong Minangkabau
Silat Sempedi
Silat Singa Kandangan
Silat Semulajadi
Silat Si Faqir
Silat Sendeng Malaysia
Silat Silat Kapi
Silat Sinar Ilham
Silat Sendeng Betawi
Silat Siswirama
Silat Sendeng Minangkabau
Silat Spelet Gayung
Silat Sendeng Asli
Silat Spelet Tomoi
Silat Sendeng 7
Silat Spelet Tapak Tiga
Silat Sendeng Pesaka
Silat Spelet Gunung Jati
Silat Sendeng Terlak
Silat Sri Gayung Panglima Ulung
Silat Sendeng Alif
Silat Sri Menanti
Silat Sendeng Harimau
Silat Sukmorogo
Silat Sendeng Cimande
Silat Sumbang
Silat Seni Gerak Silat Sunan
Silat Sunda Asli
Silat Seni Tempur
Silat Sunda Cimande
Silat Sendi Cemara Bugis
Silat Sunda Rajawali
Silat Seni Pati Serendeng Puntong
Silat Sekiambang Sakti
Silat Seperguruan Pencak Silat Mandung Sepanji
Silat Sendeng Jebak Purba
Silat Sadar Malaysia
Silat Selendang Gabungan
Silat Sendeng Nusantara
Silat Seni Pencak Silat Sangkar Rewana
Silat Tadah Kuntau
Silat Tanah Baru
Silat Tapak Suci Warisan Wali 9
Silat Tapak Suci Warisan
Silat Tangkas Tamin Sabil
Silat Tangkisan
Silat Tanjak Pusaka
Silat Tari Kelantan
Silat Tari Kalimah Terengganu
Silat Tari Laksamana
Silat Tarian Maut
Silat Tari Tumbuk
Silat Tari Jawi (Pulut Kelantan)
Silat Tembung Rimau
Silat Tempur Sendeng Banjar
Silat Telapak Natar
Silat Terlak, Lintau dan Kuntau Jawa
Silat Terlak 4
Silat Teralak Asli
Silat Terlak Nata
Silat Terlak Warisan Pendekar Pin
Silat Titi Pinang
Silat Tinkah Maut
Silat Tokku
Silat Tok Perpat
Silat Tongkat
Silat Tongkat Rimau
Silat Wali Suci
Silat Wali Tujuh Sejagat
Silat Warausah
Silat Warisan Gerak Ilham
Silat Warisan Bugis
Silat Warisan Silat Minangkabau Laksamana
Silat Warisan Perlis
Silat Warisan Belebat To’ Perpat
Silat Warisan Melayu Minangkabau
Silat Wira Melayu
Silat2 di Malaysia


DI ATAS MERUPAKAN SILAT YANG BERDAFTAR, SEKADAR UNTUK PENGETAHUAN TUAN2 DANPUAN2 SEKALIAN, TERIMA KASIH

________________________________________________________________________________